Harini tiba2 tekak terasa nak makan Nasi Daging Utara laa pulak..
Nasi daging ni memang favourite family kami di Alor Setar..
Setiap kali raya, mama pasti masak Nasi Daging ni sebagai menu utama hidangan menyambut tetamu di hari raya..dah jadi rutin tahunan..hehe..
Makannya dah selalu..
Tapi buatnya tak pernah..
Makanya harini kita try test power buat sendiri..
Siap wasap minta resepi dari mama..hehe..
Meh daku kongsikan resepinya meh..
NASI DAGING
BAHAN2 REBUSAN DAGING
1- Daging - 1kg
2-Halia - 2inci
3-Air 8 cawan
Rebus daging+halia+air ni dulu..
Saya gunakan periuk Noxxa untuk daging yang lebih lembut, cepat dan pantas..hehe..
Set High Pressure kepada 30minit..
Selepas siap masak 30minit, alihkan tuil Noxxa ini untuk keluarkan wap..dan biarkan sehingga wap habis keluar..
BAHAN2 NASI DAGING
1-Bawang Besar -1 labu (dihiris)
2- Serai - 1batang (dititik)
3- 4 beradik (Bunga cengkih, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga)
4- Rempah Nasi Daging IMAN/ Nasi Beriani / Kurma - 7sudu
5-Tomato - dibelah 4 bahagian
6- santan pekat - 1 cawan
7-Garam secukup rasa
8- Beras -8 cawan
CARA MEMASAK
Gunakan periuk lain untuk menumis.
Tumis Bawang Besar + Serai + 4beradik sehingg naik bau..
Masukkan rempah nasi daging/beriani/kurma dan kacau sehingga naik bau..
Kemudian tuang semua tumisan ini + beras ke dalam periuk Noxxa bersama hasil rebusan daging dan airnya tadi.
Set High Pressure Noxxa ke 8minit (minit ini mengikut sukatan pot beras)..
Taraaa..siap sudah nasiknya..harum semerbak baunya taww..
Next..siapalah nasi daging tanpa air asam kann..
So next moh kita tengok resepi air asam versi mama pulak..
RESEPI AIR ASAM KERISIK
Cili merah hidup - 3 biji
Cili api 12 biji -adjust ikut pedas yang digemari..
Tomato - 1 biji
Bawang besar - 1 labu
Belacan 1" - dibakar
Air asam jawa - 1cawan
Kerisik - 3sudu besar
Garam Gula secukup rasa..
Kisar semua bahan2 di atas ini dan digaul bersama:
2biji tomato - dihiris
2biji bawang besar - dihiris
Limau Kasturi - 4biji diperah airnya
Siapppp!!
Tapi daku derhaka sikit..
Daku tambah masak kurma ayam jugak..
Sebab incik somi suka ada kuah dan anak2 yang tak makan pedas ada pengganti air asam..hehe..
Resepi Kurma Ayam nak jugak ke?..
Nanti2 laa ek..kita buat entry lain pulak eh..
Jemput2 makan jommm!
2 comments:
Terima kasih! Sangat membantu saya dari segi nak tetapkan masa untuk masak nasi daging sebab baru nak berjinak-jinak masak nasi daging guna Noxxa. Selama ni guna rice cooker :)
Bila nak masuk santan
Post a Comment