Friday, September 29, 2017

Gegendang Telinga Bocor

Godek2 fail lama tadi, terjumpa pulak gambar Iman Hariz 8tahun dulu..

Zaman Hariz yang sokmo hidung meleleh je..
Seawal usianya 6bulan, Iman Hariz mudah sangat kena selsema bila ada kawan2 sama tempat asuhan tak sihat..mudah sangat berjangkit..

Sudahnya Iman Hariz kerap selsema berlarutan..melarat bukan berhari2, tapi berminggu dan berbulan..klinik tayah cakap lah..memang sebulan paling kirang 2kali memang terpacul laa muka kami.,hanya untuk jumpa doktor untuk kes Iman Hariz yang sering selsema dan susah sangat nak kering selsemanya..

Macam2 ubat dah doktor bagi cuba..tapi selalunya habis satu cycle set ubat2 tu, masih tak baik2 jugak, masuk 2nd round ambil ubat, dah separuh botol pulak barulah nampak kurang sikit..tapi kejap je..selang beberapa hari, kembali selsema lagi..

Nampak tak hidungnya tu.ada je lelehan selsema tu..huhu..masa tu ikhtiar kami hanyalah ulang alik ke klinik sebab ingatkan masalah selsema je, tak lah terfikir boleh bawa mudarat lain pulak..huhu..zaman ibu abah masih kurang ilmu..maafkan ibu abah Iman Hariz..


Akhirnya lepas 3bulan selsema berlarutan, telinga kiri Iman Hariz keluar cairan warna kuning ni..dengan baunya yang memang busuk..huhu..masa ni kami dah cuak..terus check doktor lagi..

Kata doktor, jangkitan kuman selsema berlarutan dari hidung, kini dah melarat ke telinga..jangkitan kuman ini menyebabkan gegendang telinga terkoyak/bocor..Allah..sampai begitu rupanya bahaya selsema berlarutan ni..

Dan kata doktor lagi..gegendang yang terkoyak ini boleh bertaut kembali sebab baru pertama kali jadi..tapi dengan SYARAT:

1-Jangan biar ada air yang termasuk ke dalam telinga..ok fine..ibu cakap dengan mak asuhan nanti untuk sama2 jaga bab ni..

DAN...

2- JANGAN KENA SELSEMA lagi..Allahuakbar!!..macam mana ibu nak elak bab ni..tak mampu ibu nak kawal kuman2 yang sentiasa bertebaran..dan Iman Hariz selama ni sememangnya sangat2 fragile dan mudah berjangkit bila ada anak2 asuhan lain yang tak sihat..

untuk syarat yang no 2 ni ibu dah mula susah hati..
Macam mana nak elakkan nih..huhuhu..

Tapi tawakal..minta doa banyak2 agar Allah pelihara Iman Hariz agar dijauhkan dari selsema lagi..disamping itu, kami tetap ikhtiar berjumpa dengan beberapa pakar kanak2 dari beberapa pusat perubatan swasta, untuk ikhtiar agar gegendang telinga yang terkoyak ini semakin pulih dan untuk elakkan beliau kembali selsema melarat..



Tapi bagai diduga..selsema nih memang degil..
Tetap juga datang mendekati Iman Hariz..

Setiap kali selsema, setiap kali tu lah jugak bersilat nak paksa Iman Hariz yang meraung taknak makan ubat..kesian dia dah sangat fobia dengan ubat..tapi kami terpaksa jugak demi mengharapkan kesihatanya yang lebih baik..

Namun umpama tiada apa2 kesan..kering sebentar selepas diberikan ubat, dan kembali serius bila habis ubat..Iman Hariz umpama dah bergantung dengan ubat..
Allahu..

Dan mimpi ngeri..
Selang 4bulan selepasnya, sewaktu usianya 13bulan..

Sekali lagi cairan kuning ini keluar dari telinganya..
Tapi kali ni KEDUA BELAH TELINGANYA berbanding sebelum ni hanya di sebelah telinga sahaja..

Allah..pastinya situasi yang lebih merisaukan..
Pastinya keadaan yang lebih memudaratkan..
Dan kata doktor, andai berulang2 kejadian seumpama ini berlaku..
Tak mustahil gegendang yang koyak ini tak dapat kembali bertaut..dan ada risiko kemungkinan Hariz boleh HILANG PENDENGARAN kekal..

Allahuakbar..
Sampai macam tu sekali rupanya kesan dari SELS3MA BERLARUTAN ni..nampak tak bahaya, tapi sebenarnya boleh mengakibatkan kecacatan anak seumur hidup..tak dapat nak bayangkan perasaan ibu kalau betul Iman Hariz hilang pendengaran hanya dari kelalaian ibu abah..Nauzubillah..

To be continue..

1 comment:

Unknown said...

Selepas itu apa jd sis?mcmne rawat anak yer?skrg anak mcmne? Sbb anak sy mslh yg sama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...